c

Latihan Induksi untuk kakitangan Pusat Internet Kg. Pandan

5 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Latihan untuk Pengurus dan Penolong Pengurus baharu telah berlangsung selama tiga hari pada tarikh 2 Ogos 2019, 3 Ogos 2019 dan 4 Ogos 2019. Latihan yang diadakan bertujuan untuk melatih pekerja baharu tentang tatakerja, tugas serta tanggungjawab dan menjelaskan hal-hal berkenaan dengan Pusat Internet. Latihan pada hari ketiga diteruskan pada hari Ahad (02 Ogos 2019) di Pusat Internet Kg Krokong, Bau yang bermula pada 1000 pagi hingga 0500 petang.

Pada hari terakhir latihan (4 Ogos 2019, Ahad), latihan diteruskan dengan membincangkan tentang isu penyelenggaraan Pusat Internet, bajet, audit dan borang pembelian. Dengan ini, kami dari Pusat Internet Kg. Pandan ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas tunjuk ajar dan juga masa yang telah diluangkan oleh kakitangan Pusat Internet Kg Krokong, Puan Francisca anak Nijit dan Encik Franklin anak Kamir, Encik Devon Raymond dari Pusat Internet Kg Sibuluh serta semua kakitangan Pusat Internet di Bau yang lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali